Halaman

Jumaat, 18 November 2011

congrats sis!

assalamualaikum w.b.t

hye and oii
hehehe
sangat tak sopan pompuan ni

this entry dedicated to my beloved sis
nur raudhah wadhihah

actually cite ni dah basi
tapi sebelum ianya menjadi berketul-ketul
elok aku post jek
semalam aku bangun lewat
bukan semalam jek
dah sebulan lebih aku mengamalkan rutin ni

tetibe adik aku naek sambil bawak
result PSRA die naek bilik aku
aku yang still terkebil-kebil peluk selimut pon amek sijil die
result :: jayyid jiddan
hehehe
samelaa ngan aku
cume aku menang sket jek
by the way, result aku tu sejarah 14 tahun lepas

and the same goes today
sebab ari ni UPSR pulak kuar
aku yang baru bangun tido
tanpa cuci muka
terus turun bawah ngan muke kewl sambil bukak peti ais

tetibe die tanye kat aku
" along, tau tak kite dapat bape?"

"tau..sampai kat atas dengar suara"-- suara adik aku tu halilintar pon kalah, hanya orang yang tak mengenal erti jek tak dengar

"ala..tapi tak pat 5A cam along"

hampeh, punye budak..tu kan dah berzaman dulu..soklan bukan same pon.

anyway, congrats sebab maths A -- kalau tak ayah mesti bebel until the next life!

walaupon lu tak tau darab tu ape, tapi multiple lu tau
cengkenek punye adik.

my advise :: rajin-rajin bace buku cite -- sebab anda orang melayu tapi cakap melayu berterabur!



sekian, TQ ~.~



jangan rase bersalah sangat kalau anda single!

assalamualaikum w.b.t

hye and hye
hehehe..
cam ade jek orang yang bace belog aku nih kan?

suddenly rase nak discuss
pasal soalan yang slalu sangat orang tanye ngan aku..
hmm..
Q :: ko ni dah 26, takkan boifren pon takde?
kalau dalam sehari takde orang tanye
rasenye belum sah lah sehari aku tu
cume sebab skang aku kuar umah tak sampai 8 jam
so, kurang sket soklan tu menjengah gegendang telingo den ni.

firstly
(ehem..ehem..cam kne interview pulak)
aku ni pompuan biase gak
same jek macam orang laen
bukan aku takde perasaan ngan manusia yang name laki
tapi rasenye selesa pulak dengan title
SINGLE!
hehehehe

bukan ape
kalau ade boifren ni susah
bukan susah ape..heh
actually, banyak susahnye..

contoh ::

macam skang ni aku boleh biarkan fon aku takde kredit selama sebulan hingga due bulan ato sampai nak expired dah number aku tu tanpa rase bersalah atau tak senang duduk

kedua, aku boleh cakap ngan mane-mane laki yang aku jumpe
either kat tempat keje ato customer ato kat mane-mane jela
tanpa rase kuatir ato ragu-ragu orang laen nampak aku borak ngan laki laen sehingga menyebarkan kabar angin yang tak baek sehingga menyebabkan pergaduhan dengan boifren aku tu

ketiga, aku boleh buat ape jek yang aku suke tanpa risau boifren aku kecik ati ato merajuk
seperti time aku kuar ngan alep

keempat, aku takyah susah-susah nak pikir nak pegi mane setiap kali off day sebab tak nak bazirkan off day tanpa jumpe boifren aku tu -- save duit & boleh spend the whole day kat umah doing nothing

kelima, tak yah susah-susah nak over protective ngan penampilan yang selama ni bese-bese jek a.k.a selekeh

keenam, takyah susah-susah nak mintak izin selaen dari mak n ayah bile nak kuar -- save air liur

ketujuh, tak yah susah-susah semak pale untuk pikir bagaimana & apa strategi untuk pujuk boifren bile diorang merajuk -- save energy untuk otak

kelapan, save duit aku tiap-tiap tahun sebab tak yah beli adiah buffday untuk boifren aku -- boleh aku beli eskrem yang lazat untuk stok sebulan

kesembilan, aku boleh diet sebab jarang makan kat luar -,- kalau ade boifren komfem salu makan luar,gain weight + bazir dwet = amalan shaiton

 kesepuloh, kalau dapat boifren tak semenggah, asek nanges yo kojo -- so boleh save airmata untuk buat bende laen seperti mencuci lens spek

kesebelas, boleh mengelakkan penyakit hati -- kadang-kadang, orang bercinta ni tak boleh elak dari rase jeles -- kan cemburu tanda sayang, ye tak?

kedua belas, aku boleh senyum ngan sape-sape jek yang aku suke tanpa rase segan orang kate awek si bla,bla flirt ngan mamat laen

ketiga belas, aku boleh menjalani hidup dengan aman tanpa pikir cemane laa penerimaan bakal mak mentua aku kat aku

keempat belas, tak yah pening-pening pale nak carik solution cemane nak selesaikan masalah aku yang suke gelak cam kuntilanak ni -- laki kan tak suke!

kelima belas, tak perlu memerah-merah jus neuron untuk explain kat bapak aku sape boifren aku

keenam belas, aku rase aku takde masalah pon kalau aku single!

yeah!! i am really glad i am single
who cares of what people says
just live it
as long as you feel great!


sekian,TQ ~.~

Selasa, 15 November 2011

aku dan hati, dan kata-kata mereka

assalamualaikum w.b.t

hati :: aku tersenyum
aku :: dahlah
hati :: sekurang-kurangnya hilang sikit rindu
aku :: aku tak penah rindu sape-sape
hati :: sampai bile kau nak bohong?
aku :: biarlah aku tak bohong sape-sape, biar aku bohong diri aku sendiri
hati :: sampai bile kau nak hidup macam ni?
aku :: sampai aku dah tak mampu

sehari aku tak tengok muke die, aku rase macam setahun
aku rase tenang dalam senyuman tu

hati :: kan aku dah cakap..
aku :: dahla jangan nak merepek, dia bukan dia, tu orang lain.janganlah babitkan orang lain dalam masalah ni
hati :: memang dia orang lain, tapi kau berharap dia adalah dia, kan?

hati :: kau demam?
aku :: hmm..
hati :: kau dah lame tak saket camni, kalu dulu ya, sebab kau selalu rindukan dia.
aku :: tolonglah..aku cuma letih.

hati :: cukuplah..aku ni yang dah letih menangis, sampai bila?
aku :: tolonglah bantu aku, aku tak mungkin zahirkan apa yang aku rasa.
hati :: tanyalah diri kau.
aku :: iya, aku berharap dia adalah dia, aku berharap senyuman itu adalah dia, aku berharap sinar mata tu adalah dia. tapi tak mungkin aku cuba gantikan dia dengan seseorang yang cuma dia yang bukan dia.

hati :: kau ajarkanlah aku untuk menerima orang lain.
aku :: aku belum mampu, aku dah tak mau lukakan sape-sape.
hati :: setiap hari kau ajarkan aku untuk melihat dia sebagai 'dia', aku keliru..

aku :: kau hanya mau aku menangis, bantulah aku menjalani kebohongan ini
hati :: aku yang akan lebih dulu menangis, kau yang selalu biarkan aku menangis.
aku :: maafkan aku, aku belum mau berganti hati..

'aku' telah ditinggalkan
hari-harinya selalu kelam
sehingga datang seseorang yang seperti 'dia'
semuanya sangat persis
hingga 'aku' merasa tertipu
'hati' mau tersenyum tapi 'aku' tidak mau
tidak wajar 'aku' mencintai seseorang yang hanya persis 'dia'
'aku' masih mau 'dia'
bukan dia
walaupun hati mau berubah.

sekian,TQ.
~.~

Isnin, 14 November 2011

cerita pasal gigi ~.~

assalamualaikum w.b.t

tetibe aku rase nak crite pasal ni
ni pon disebabkan ade anak customer tadi tu
gi cabut gigi die depan aku
rase cam tak tau nak buat ape kat budak tu

dari kecik aku ni memang penakut
bile tang part-part gigi
rase takut aku tambah sejuta kali ganda
ketor lutut!

waktu aku kecik-kecik dulu
kalau gigi aku goyang
aku diam-diam jek
dengan harapan gigi aku tu takkan tercabut sampai bile-bile
hampeh!!
bile dah tue-tue ni rase nak gelak pon ade
bile teringat balek
mane logik gigi susu takkan cabut sampai bile-bile,kan?

pastu bile gigi aku dah goyang
aku gitau kat mak
mak suruh aku cabut
aku cakap biar jek cabut sendiri
mak selalu takutkan aku
takut-takut aku tertelan gigi tu
waktu tu aku pikir baek aku tertelan
daripada aku cabut gigi tu
sekarang?
apela rasenye tertelan gigi?
agak-agak boleh cukup ke keperluan kalsium harian?
eii-yekk!

seingat aku
selama 26 tahun ni
penah sekali jek aku gi klinik sebab nak cabut gigi
itu pon 2 gigi depan yang membuatkan aku
penah dapat title rongak!
pastu tobat!
aku tak penah lagi

kalau ade jek nurse ngan dokter gigi datang kat sekolah
aku suke buat-buat hilang kad
takpun bile turn aku jek
aku merayau-rayau kat tempat laen
bukan kat sekolah rendah jek
sampai ke sekolah menengah aku tak boleh ubah

asal aku jumpe dokter jek
mesti nak suruh aku pakai braces
sebab gigi aku berlapis and structure die
dah tak sempurna
tapi aku peduli ape
bile dokter cakap camtu jek
aku terus blah!
hahahaha

bile pikir-pikir balek
cam bengong pon ade
mak aku kate tak kesah lau aku nak pakai
tapi waktu tu ustazah aku kata
lau tak memudaratkan
haram kalau kita ubah 
sebab tujuan kita buat tu untuk mencantikkan
jadi kita dah ubah ciptaan Allah

even kawan aku kate kewl=cool
bile pakai braces
tapi aku rase braces tu satu azab
mulut pecah-pecah
susah nak makan
pastu jawline kite mesti berubah
aku pon bayangkan muke aku yang bulat dan tembam ni
tetibe jadi bujur atau membengkak bahagian rahang
aduss!!
tak pat nak ku bayangkan

kerana gigi jugaklah
aku tolak offer wat dentist
ini smue kerana gigi!
wahahaha..

bagi aku even gigi aku tak cantek
berlapis
n bak kate anis
''eh-eh,gigi along ade due"
waktu aku gelak besar-besar
ni lah aset yang paling orang laen takde
tapi aku ade
haa--korang ade ke?
hehehe

*pinjam kat pakcik google*
syukur dengan nikmat Allah.
~.~ 

walking through the past

assalamualaikum w.b.t

there's a time i feel i am myself
there's another time i feel i am not

there's sometimes i feel i am the most happiest person in the world
and the other sometimes i am the worst

there's also a time when i think i had chose the right thing
and the next time i feel i've done wrong

sometimes i feel like i have everything
and sometimes i did have nothing

there's a time a really don't need anyone
but this time i really need someone

sometimes i feel crying is the terrible part of me
but thank God
it makes me feel better

i always remind others
that life must go on
but quite some time
i feel there's nothing on the road
if i still keep walking

it was ashamed, huh?

i wish i can ever put this smile on face
even though my heart will never smile anymore



-_-

going through hard time

assalamualaikum w.b.t

lately
i really starts my day as early as 12 noon
GOSH!
really can't help myself

i hardly can sleep at nite
jusy lying on the bed
doing nothing

last nite
i found my cheek warm
i think i really miss someone
so
i took out the picture from the drawer
and slept with it
along with the tears

dear God
do I have to beg you to get rid of all this pain
or beg you to give another chance for us?

*google images*

-_-

Rabu, 9 November 2011

sahabat dan bismillah 5

assalamualaikum w.b.t

hye ~.~
dulu waktu zaman aku sekolah
aku ni jahat
tapi aku tak pandai bergaul ngan orang
means berkawan
sampai aku masuk matrik pon same
aku salu menyebabkan orang bagi aku
bad first impression
orang suke cakap aku sombong

tapi aku yang dulu dah lame takde
sejak aku salu pegi jauh-jauh
aku belajar banyak benda
bagi aku bagus bile kadang-kadang
kite tak perlu bergantung dengan keluarga

aku belajar banyak
tentang baek n buruk
kadang-kadang ade yg kawan ngan kite sebab niat baik
ade jugak yang niat tak baek

suddenly aku teringat kat sorang kawan
kitorang jadi kawan pon sebab
slalu accidentally terjumpe time aku bank in duit
last aku jumpe die pon aku dah tak ingat bile

die salu pesan kat aku perkara yang baik-baik
antaranya jangan tinggal solat
dan yang paling aku ingat
dia suruh aku hafal
bismillah 5
die kate elok untuk aku
sebab aku selalu kuar sorang-sorang

then bile balek aku search
apa khasiat bismillah 5 ni?

1. Bismillah Lima itu jika dibacakan pada sesuatu
tempat sakit dan ditiup lembut kemudian hilang sak-
itnya maka menunjukkan penyakit itu melibatkan
gangguan jin.

2.Ayat akhirnya
Bismilla hillazii laa ya dhurru
dan seterusnya

- dibaca 3 kali sebelum makan makan atau minum
akan menjadi penawar racun

- dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah rasukan
jin

- dibaca 3 kali mudah-mudahan dihindarkan Tuhan
daripada segala bahaya dan kemudaratan juga di-
baca pagi dan petang

4.apabila membacanya sambil berniat untuk
pergi ke sesuatu tempat atau kawasan maka bina-
tang buas atau berbisa mula menghindar daripada
kawasan tersebut.
ia termasuk pada sepanjang laluan perjalanan-
nya dan menjadi 'kawasan selamat' tanpa sebara-
ng gangguan serta bahaya
kerana khasiat ayat
itu adalah untuk keselamatan termasuk selamat
daripada sebarang gangguan dari binatang liar
dan Insya Allah juga daripada gangguan jin
pada sepanjang perjalanan.

Maka ia boleh diamalkan iaitu membacanya 7 kali
ketika kita keluar rumah sambil berdoa memohon
keselamatan dalam perjalanan pergi dan kembali
iaitu keselamatan daripada sebarang bahaya
samada bahaya yang kelihatan atau tersembunyi (gh-
aib)
subhanallah..
aku tak pernah tau pon
terima kasih sahabat

aku dah amalkan bende lebih dari 3 tahun
Alhamdulillah Allah telah selalu bersamaku.

1. Bismillahirrahmanirrahim
2. Bismillahishshafi
3.Bismillahilkafi
4. Bismillahillmua'fi
5. bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi syaiun fil ardhi wala fissama iwa huwassami'ul 'alim

wallahua'lam
yang baik itu datangny dari Allah
yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri
same-samelah kite amalkan ye ~.~

sekian,TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...