Halaman

Selasa, 15 November 2011

aku dan hati, dan kata-kata mereka

assalamualaikum w.b.t

hati :: aku tersenyum
aku :: dahlah
hati :: sekurang-kurangnya hilang sikit rindu
aku :: aku tak penah rindu sape-sape
hati :: sampai bile kau nak bohong?
aku :: biarlah aku tak bohong sape-sape, biar aku bohong diri aku sendiri
hati :: sampai bile kau nak hidup macam ni?
aku :: sampai aku dah tak mampu

sehari aku tak tengok muke die, aku rase macam setahun
aku rase tenang dalam senyuman tu

hati :: kan aku dah cakap..
aku :: dahla jangan nak merepek, dia bukan dia, tu orang lain.janganlah babitkan orang lain dalam masalah ni
hati :: memang dia orang lain, tapi kau berharap dia adalah dia, kan?

hati :: kau demam?
aku :: hmm..
hati :: kau dah lame tak saket camni, kalu dulu ya, sebab kau selalu rindukan dia.
aku :: tolonglah..aku cuma letih.

hati :: cukuplah..aku ni yang dah letih menangis, sampai bila?
aku :: tolonglah bantu aku, aku tak mungkin zahirkan apa yang aku rasa.
hati :: tanyalah diri kau.
aku :: iya, aku berharap dia adalah dia, aku berharap senyuman itu adalah dia, aku berharap sinar mata tu adalah dia. tapi tak mungkin aku cuba gantikan dia dengan seseorang yang cuma dia yang bukan dia.

hati :: kau ajarkanlah aku untuk menerima orang lain.
aku :: aku belum mampu, aku dah tak mau lukakan sape-sape.
hati :: setiap hari kau ajarkan aku untuk melihat dia sebagai 'dia', aku keliru..

aku :: kau hanya mau aku menangis, bantulah aku menjalani kebohongan ini
hati :: aku yang akan lebih dulu menangis, kau yang selalu biarkan aku menangis.
aku :: maafkan aku, aku belum mau berganti hati..

'aku' telah ditinggalkan
hari-harinya selalu kelam
sehingga datang seseorang yang seperti 'dia'
semuanya sangat persis
hingga 'aku' merasa tertipu
'hati' mau tersenyum tapi 'aku' tidak mau
tidak wajar 'aku' mencintai seseorang yang hanya persis 'dia'
'aku' masih mau 'dia'
bukan dia
walaupun hati mau berubah.

sekian,TQ.
~.~

Isnin, 14 November 2011

cerita pasal gigi ~.~

assalamualaikum w.b.t

tetibe aku rase nak crite pasal ni
ni pon disebabkan ade anak customer tadi tu
gi cabut gigi die depan aku
rase cam tak tau nak buat ape kat budak tu

dari kecik aku ni memang penakut
bile tang part-part gigi
rase takut aku tambah sejuta kali ganda
ketor lutut!

waktu aku kecik-kecik dulu
kalau gigi aku goyang
aku diam-diam jek
dengan harapan gigi aku tu takkan tercabut sampai bile-bile
hampeh!!
bile dah tue-tue ni rase nak gelak pon ade
bile teringat balek
mane logik gigi susu takkan cabut sampai bile-bile,kan?

pastu bile gigi aku dah goyang
aku gitau kat mak
mak suruh aku cabut
aku cakap biar jek cabut sendiri
mak selalu takutkan aku
takut-takut aku tertelan gigi tu
waktu tu aku pikir baek aku tertelan
daripada aku cabut gigi tu
sekarang?
apela rasenye tertelan gigi?
agak-agak boleh cukup ke keperluan kalsium harian?
eii-yekk!

seingat aku
selama 26 tahun ni
penah sekali jek aku gi klinik sebab nak cabut gigi
itu pon 2 gigi depan yang membuatkan aku
penah dapat title rongak!
pastu tobat!
aku tak penah lagi

kalau ade jek nurse ngan dokter gigi datang kat sekolah
aku suke buat-buat hilang kad
takpun bile turn aku jek
aku merayau-rayau kat tempat laen
bukan kat sekolah rendah jek
sampai ke sekolah menengah aku tak boleh ubah

asal aku jumpe dokter jek
mesti nak suruh aku pakai braces
sebab gigi aku berlapis and structure die
dah tak sempurna
tapi aku peduli ape
bile dokter cakap camtu jek
aku terus blah!
hahahaha

bile pikir-pikir balek
cam bengong pon ade
mak aku kate tak kesah lau aku nak pakai
tapi waktu tu ustazah aku kata
lau tak memudaratkan
haram kalau kita ubah 
sebab tujuan kita buat tu untuk mencantikkan
jadi kita dah ubah ciptaan Allah

even kawan aku kate kewl=cool
bile pakai braces
tapi aku rase braces tu satu azab
mulut pecah-pecah
susah nak makan
pastu jawline kite mesti berubah
aku pon bayangkan muke aku yang bulat dan tembam ni
tetibe jadi bujur atau membengkak bahagian rahang
aduss!!
tak pat nak ku bayangkan

kerana gigi jugaklah
aku tolak offer wat dentist
ini smue kerana gigi!
wahahaha..

bagi aku even gigi aku tak cantek
berlapis
n bak kate anis
''eh-eh,gigi along ade due"
waktu aku gelak besar-besar
ni lah aset yang paling orang laen takde
tapi aku ade
haa--korang ade ke?
hehehe

*pinjam kat pakcik google*
syukur dengan nikmat Allah.
~.~ 

walking through the past

assalamualaikum w.b.t

there's a time i feel i am myself
there's another time i feel i am not

there's sometimes i feel i am the most happiest person in the world
and the other sometimes i am the worst

there's also a time when i think i had chose the right thing
and the next time i feel i've done wrong

sometimes i feel like i have everything
and sometimes i did have nothing

there's a time a really don't need anyone
but this time i really need someone

sometimes i feel crying is the terrible part of me
but thank God
it makes me feel better

i always remind others
that life must go on
but quite some time
i feel there's nothing on the road
if i still keep walking

it was ashamed, huh?

i wish i can ever put this smile on face
even though my heart will never smile anymore



-_-

going through hard time

assalamualaikum w.b.t

lately
i really starts my day as early as 12 noon
GOSH!
really can't help myself

i hardly can sleep at nite
jusy lying on the bed
doing nothing

last nite
i found my cheek warm
i think i really miss someone
so
i took out the picture from the drawer
and slept with it
along with the tears

dear God
do I have to beg you to get rid of all this pain
or beg you to give another chance for us?

*google images*

-_-

Rabu, 9 November 2011

sahabat dan bismillah 5

assalamualaikum w.b.t

hye ~.~
dulu waktu zaman aku sekolah
aku ni jahat
tapi aku tak pandai bergaul ngan orang
means berkawan
sampai aku masuk matrik pon same
aku salu menyebabkan orang bagi aku
bad first impression
orang suke cakap aku sombong

tapi aku yang dulu dah lame takde
sejak aku salu pegi jauh-jauh
aku belajar banyak benda
bagi aku bagus bile kadang-kadang
kite tak perlu bergantung dengan keluarga

aku belajar banyak
tentang baek n buruk
kadang-kadang ade yg kawan ngan kite sebab niat baik
ade jugak yang niat tak baek

suddenly aku teringat kat sorang kawan
kitorang jadi kawan pon sebab
slalu accidentally terjumpe time aku bank in duit
last aku jumpe die pon aku dah tak ingat bile

die salu pesan kat aku perkara yang baik-baik
antaranya jangan tinggal solat
dan yang paling aku ingat
dia suruh aku hafal
bismillah 5
die kate elok untuk aku
sebab aku selalu kuar sorang-sorang

then bile balek aku search
apa khasiat bismillah 5 ni?

1. Bismillah Lima itu jika dibacakan pada sesuatu
tempat sakit dan ditiup lembut kemudian hilang sak-
itnya maka menunjukkan penyakit itu melibatkan
gangguan jin.

2.Ayat akhirnya
Bismilla hillazii laa ya dhurru
dan seterusnya

- dibaca 3 kali sebelum makan makan atau minum
akan menjadi penawar racun

- dibaca 3 kali pagi petang untuk mencegah rasukan
jin

- dibaca 3 kali mudah-mudahan dihindarkan Tuhan
daripada segala bahaya dan kemudaratan juga di-
baca pagi dan petang

4.apabila membacanya sambil berniat untuk
pergi ke sesuatu tempat atau kawasan maka bina-
tang buas atau berbisa mula menghindar daripada
kawasan tersebut.
ia termasuk pada sepanjang laluan perjalanan-
nya dan menjadi 'kawasan selamat' tanpa sebara-
ng gangguan serta bahaya
kerana khasiat ayat
itu adalah untuk keselamatan termasuk selamat
daripada sebarang gangguan dari binatang liar
dan Insya Allah juga daripada gangguan jin
pada sepanjang perjalanan.

Maka ia boleh diamalkan iaitu membacanya 7 kali
ketika kita keluar rumah sambil berdoa memohon
keselamatan dalam perjalanan pergi dan kembali
iaitu keselamatan daripada sebarang bahaya
samada bahaya yang kelihatan atau tersembunyi (gh-
aib)
subhanallah..
aku tak pernah tau pon
terima kasih sahabat

aku dah amalkan bende lebih dari 3 tahun
Alhamdulillah Allah telah selalu bersamaku.

1. Bismillahirrahmanirrahim
2. Bismillahishshafi
3.Bismillahilkafi
4. Bismillahillmua'fi
5. bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi syaiun fil ardhi wala fissama iwa huwassami'ul 'alim

wallahua'lam
yang baik itu datangny dari Allah
yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri
same-samelah kite amalkan ye ~.~

sekian,TQ.

bukan salah orang yang jual ikan tapi orang yang SELFISH

assalamualaikum w.b.t

aku tak baek
tapi insya Allah aku akan selalu berusaha untuk jadi baek

aku paling tak suke buruk sangka kat orang
sebab sifat tu hanya memakan diri sendiri
semak pale and wat saket hati

aku tak suke benci orang
walaupun aku salu kate camni
"orang yang bagi aku bad first impression,
jangan harap aku nak suke kat die"
tapi tu setakat kate-kate jela
salunye nanti aku oke jek ngan orang tu

tapi aku saket
bile tengok orang yang selfish
contoh macam
kalau kat dalam bas ke tren
tengok ade nenek @ atok @ mak yg bawak budak @ preggy
tapi sume wat bodoh
cube kalau tu mak @ ayah @ atok @ nenek diorang
ataupun bayangkanlah kalau korang tue nanti?
tak kesian ke?

pastu orang yang selfish kat rumah Allah
kadang-kadang tempat wuduk dekat dengan pintu
apelah salahnye kite respect org laen sket dengan tak bukak pintu luas-luas
@ make sure takde orang laki yang lalu lalang kat luar
tak pasal kite bagi dosa kering kat orang
siap kite kene tanggung sket

blum lagi yang boleh melepak waktu peak hour
dah tengok orang sume queue nak solat
tapi disebabkan kelembaman mereka yang selfish
tak pasal pulak orang tu solat waktu dah nak azan waktu yang seterusnya
cube kalau kene kat die?marah tak?
kalau tak marah maksudnye korang bukan manusia

aku memang jarang marah
tapi kalau nak marah pon
aku simpan jek
bagi aku
marah tu api
dan syaitan itu dari api.
*pinjam kat uncle google*

semoga Allah selalu merahmati orang-orang yang selfish berkenaan.
amin..

i need some guidance

assalamualaikum w.b.t

hmm..
2-3 hari ni mood aku tak baek
nak senyum pon susah
maybe sebab dlm PMS mode kot
ataupun stress ngan tempat keje
hampeh..

aku rase aku dah sangat berhati-hati dah
ataupun betul ke aku ni memang cuai?
aku bukan tak pernah handle duit
kadang-kadang sampai 20-30 ribu sehari
skang ni pulak banyak masalah
ntah..

rase cam nak give up
but it's really not me at all

ya Allah
aku mohon kepada-Mu
andai masalah ini datang dari diri ku sendiri
kau tunjukkanlah akan kesilapanku itu
dan berikanlah aku kesempatan untuk memperbaiki diriku
andai kesilapan ini datang kerana aniaya orang lain
ampunilah dosa-dosanya
dan bukakanlah pintu rahmat-Mu untuknya
hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
amin...

*pinjam kat pakcik google*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...